Ttc ni menyakitkan..
Sebab kita mengharapkan
Tapi xdapat
Kemudian, aku lihat rakan2ku seorang demi seorang punya cahaya mata..
Aku sedih..
Bila aku dapat peluang itu..
Tambah lagi..
Aku ada depression..
Tambah lagi..
Suami aku ada turun naiknya..
Tatkala aku perlukan dia utk membantuku
Tatkala itu dy sendiri kusut kepalanya
Kadang aku merajuk
Sebab aku hanya ingin dipujuk
Tapi sering kali
Semua itu hanya mengundang bala
Kepalanya kian serabut.
Aku sedih..
Ada masa aku ingin bercerita masalahku
Tapi dy lebih dahulu cerita macam2 tentang kerjanya..
Hingga aku berfikir.. Tak apa.. Aku taknak kusutkan dia..
Hingga kerap kali..
Aku nangis dalam diam
Mata aku merah.. Tp dia tak sedar
Sebab dia khusyuk dengan keserabutan kepalanya..
Hingga dia tak sedar.. Perubahan wajahku.. Berombak dadaku menahan tangis
Tiap kali aku mengadu.. Kepalaku sakit.. Dia akan membalas dengan mengadu..tentang dirinya..
Sedangkan aku mengharap simpati
Atau mungkin sedikit empati dari dia
Atau mgkin hanya pelukan beri semangat padaku.
Aku balik dari klinik
Yang ada hanyalah aduannya tentang kerjanya..
Berhari2 begitu..
Aku pernah kata dia hanya mengadu tanpa cuba mendengar..
Dan dia akan terasa.. Dan dia akan rasa aku asyik mencari salah dia..
Sedangkan...
Aku yang mengumpul duka..
Aku cuma mengharapkan dia lebih mendengar..
Dia lebih prihatin..
Dia ambil tahu tentang diriku..
Kalau cerita tentang kerjanya.. Dia akan cerita dengan begitu detail..
Tapi perihal sakitku.. Aku yang cerita sendiri..
Itu pon tak ada tanda2 mahu ambil tahu lebih..
Aku betul2 kecil hati..
Tapi kalau aku layankan kecil hati ni, aku yg padah..
Sebab dia akan tak ada mood
Dan aku akan sedih dan menangis..
Ye.. Aku kuat nangis.. Tp aku pon cpt reda..
Cuma peluk, kata abg syg atin.. Abg minta maaf..
Itu sahaja...
Aku tak minta lebih..
Aku nak suami aku..